terima kasih sebab selama ini menjaga ika,
terima kasih sebab selama ini mengajar ika,
terima kasih sebab selama ini cuba untuk memahami ika,
terima kasih sebab selama ini banyak BERISTIGHFAR & BERSABAR dengan kerenah ika.
sekarang,
anak mama, cucu atuk dah besar panjang,
TETAP,
mama & atok masih dan berusaha untuk menjaga, mengajar dan masih, masih, masih memahami ika.
ika tahu ika memang keras kepala,
tapi TETAP mama & atuk cuba memahami apa keputusan yang ika buat.
ika tahu ika memang kasar,
tapi TETAP mama & atuk berada disisi ika.
walau apa jua halangan yang ika cuba tempuh,
doa mama & atuk TETAP bersama ika.
ika cuba sedaya upaya untuk jadi yang terbaik untuk mama & atuk,
supaya mama & atuk boleh berbangga dengan apa yang ika dah cuba capai.
akan tetapi,
terkadang tergelincir dari impian dan matlamat,
TETAP mama & atuk cuba buat ika kembali berdiri di atas kaki ika sendiri,
walaupun mama & atuk kata 'cuma menjadi tiang untuk ika berdiri teguh',
ika sangat bersyukur, ika ada dua insan yang menjadi sumber inspirasi,
untuk ika tabah dan kuat dalam mengharungi ranjau hidup ika.
ika SAYANG mama & atuk.
ika akan buat apa saja untuk mama & atuk,
walaupun perlu untuk ika serahkan nyawa ika sendiri.
terima kasih kerana berdiri teguh disisi ika.
ika takkan lupa setiap detik kita.