Monday, October 19, 2015

i know, in the end, i will lose you.

Lagi lama kau dengan aku,
Lagi banyak yang kau tahu tentang keburukan aku.
Lagi banyak yang kau tak suka yang pada awalnya kau suka.
Lagi banyak perkara remeh yang kita gaduhkan.
Lagi banyak salah faham yang terjadi.

Aku tahu dan sentiasa tahu,
Aku akan kehilangan kau jua satu hari nanti.

Yang dulu bergurau senda.
Yang dulu bermanis muka.
Yang dulu berlemah lembut.
Yang dulu saling memahami.

Akan pudar jua dimamah masa.
Akan pudar jua dimamah usia.

Aku tak sesempurna yang engkau idamkan.
Aku berusaha untuk berubah demi kau.

Akan tetapi, aku dah tak kuat dan tak mampu untuk menahan airmata.
Sederas air sungai, takkan ada yang saksikan.

Belajarlah dari kesilapan.
Belajarlah dari kekusutan.
Belajarlah dari kesedihan.

Aku tahu kau akan jumpa yang lebih baik dari aku
Yang akan bahagiakan kau.
Tak kira masa dan tempat.
Yang akan bahagiakan kau, SELALU.
Aku akan sentiasa tersenyum melihat kau bahagia.

Terima kasih diatas segalanya.

Thursday, October 8, 2015

busy.

Hmm. Lately, busy pasal empex. This semester ada ESTATE MANAGEMENT PROPERTY EXHIBITION at the end of the semester. Well, macam macam lah kena buat. Itulah inilah. Senang cerita banyak hal. Proposed site untuk development kali ni dekat kajang. Hmm. Nak kata tak jauh tu jauh jugak lah. Setiap khamis malam jumaat je, tidur lewat, berkampung kat PTAR or RUMAH SEWA. Preparation untuk progress presentation okay, bukan buat memacam. Bukan malam je. Siang khamis tu dah memacam dah buat. Semua sembang pasal kerja ni. But then, bila dah busy ni ada saja yang tak kena. Biasa lah. Ada yang rasa dipinggirkan. Bukan apa. Masa buat preparation tu kalau boleh nak siap cepat n fokus. Tu aku tak main whatsapp tu. Cuma tengok je kalau orang whatsapp. Tak syok bila ada orang taching. Hmm. Dah memang perangai aku camni nak buat cemana. Nak minta tolong memahami, tapi nanti lagi kecik hati pula. Tak hape lah. Tahan jelah demi segulung ijazah......

Monday, October 5, 2015

kemarahan

Lupakan kemarahan sendiri. Lepaskan dan buanglah pada tempat lain.
Demi sebuah hubungan. Aku sudah biasa.

Thursday, May 28, 2015

chandelier.

A chandelier worth to buy,
Beautiful to be stare,
Once it is broken,
There's a lot to be cried for.

Friday, April 3, 2015

Cakap la apa pun.
Aku lupa aku bukan siapa siapa.
Aku terlupa aku tak layak untuk tentukan hidup aku.
Aku terlupa ada orang lain lebih layak menilai dan menetapkan jalan aku.
Kalau aku terseksa pun lepas ni.
Yes.
Aku layak terima.
Sebab aku bukan penentu hidup aku sendiri.